Searhc Form

Sunday 14 June 2015

Kuih Belimbing

Kuih Belimbing

Kuih Belimbing..... Antara kegemaran  ahli keluarga da kroni-kroni.
Saudara mara selalu tempah......best la kuih belimbing abang yei buat
.....ranggup diluar lembut di dalam
rasa sedap...wangi.... ( ? )

Haaaa....ini bahan2nya

6 cawan gandum
6 cawan air
4 sudu besar majerin
3 biji
Ising vanila
Pewarna kuning
Garam dan gula
( pastikan saiz cawan yg digunakan adalah sama )


 Cara-Cara nyaa.....
Panaskan air.....
sila guna periuk yang sesuai ( yang lasak )
setelah air mendidih....
masukkan 
majerin
garam
gula
ising vanila
pewarna ( ikut suka anda )
biarkan kan mendidih supaya semua bahan larut
( terutama majerin )
sila pastikan kadar manis masin sesuai dengan citarasa anda




setelah semua bahan larut sepenuhnya
alih periuk drp dapur
........... ader aroma yg cukup menyenangkan...


dalam keadaan air yg masih mendidih
masukkan tepung kesemuanya sekali gus
pada proses ini anda perlu cepat, pantas dan efesion
anda perlu guna tenaga yg lebih
sila guna sodek kayu untuk lebih praktikal
kacau dgn pantas dan rata
jika tidak adunan anda akan berketul2...
 biji putih akan terbentul jika aduana tidak rata


anda perlu cepat dan pantas ketika ini supaya
proses yang seterusnya dapat dilaksanakan dengan jayanya
ketika adunan masih lagi panas masukkan telur ayam...
pastikan tidak bersama kulit telur.
anda disarankan supaya memecahkan telur tersebut ke dalam 
bekas yang berasingan.... takut terkena telur rosak.
kacau adunan itu supaya kenyal.
ketika ini ramai chef gagal.
Adunan sedikit kenyal dan lembut.


ha...ini peralatan yang agak penting....nama aper yer
lupa plak nameryer.... penerang....mudah sikit hehehheheee
vision kat belakang tu..tiada kaitan
hanya tujuan iklan sahaja.....


masukkan adunan dalam penerang hehehe...
dan terangkan dalam kuali
pastikan kuali anda ada minyak masak dan telah betul2 panas...
hehehehhhheee...nanti tak jadi kuih tu....
sila guna gunting untuk memotong adunan yg diterang dalam kuali tadi
...ish...mcm salah jer...penerang diterang menerang, diterang ....
tak aper lah janji tuan puan faham dah ler...
saiz kuih bergantung kepada anda...


setelah agak2 garing angkat adunan tadi dan sejukkan...
anda dilarang sama sekali memasukkan adunan kedalam peti ais...( Gurau jer )
kisar gula pasir supaya lebih halus dan taburkan dengan kadar sesuka hati anda
dan siap untuk dihidang


selamat mencuba
tip
anda perlu buat beberapa kali supaya hasil anda lebih baik.
fahami gandum yang anda beli adalah satu kelebihan

anda dikira hebat sekali jadi terus...
sy ader la dalam 5 kali buat...kali yg ke 6 baru menjadi
..usaha tangga keayaan
jangan cepat kecewa apabila menerima kritikan
anda dikira berjaya jika ader org oder semula kuih anda ini

fighting...... ( pengaruh cerita korea.... )

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons