Searhc Form

Wednesday 5 August 2015

Kuih Cucur Topi

Kuih Cucur / Kuih Topi / Kuih Piring Terbang

Assalamulaikum....
Tak sangka, betul betul tak sangka begitu ramai orang di sekeliling saya
gemar kuih topi yang juga dipanggil kuih piring terbang (UFO)
Kelebihan ialah kita mampu menikmati keranggupan yang berkeriuk2 dalam mulut anda
buatlah kuih ini sendiri
Percayalah anda tak rugi.
Setelah menuntut dgn Nenek Kebayan Guru Kuih 
( Kuih klasik sukar di pelajari )
saya berjaya menghasilkan kuih dengan cara yang tersendiri 
dan ingin dikongsi bersama-sama rakan.
Berikut adalah bahan2 yang diperlukan.


 Bahan-bahan yang perlukan

2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
3 cawan air 
Kuih klasik memang gitu...bahan2 tak banyak
buat ajer yg susah.

Cara-caranya
Campurkan kesemua bahan tersebut serentak
dan kacau spy rata
perlu diingatkan
bahawa jangan guna kesemua air ...anda perlu guna sekitar
2 3suku cawan air
ini bergantung kepada tepung
adunan perlu sedikit pekat
setelah adunan agak rata tapis adunan denga nnapis nyor ( dialek kelatey )
perap adunan ini selama 6 hingga 8 jam
setalah diperap
adunan agak lebut, pekat dan sedikit berbuih
kacau semula, 
ceduk dengan senduk mengikut sukatan atau saiz yang anda inginkan
goreng dgn minyak panas
cara menggoreng perlu kemahiran yang tinggi
jika tidak kuih anda tidak naik dibahagian atas
selamat mencuba



Perhatian
sy ader guna beberapa tepung yg lain tapi tak menjadi..
oleh itu sy cadangkan tuan/puan guna tepung
yg sy paparkan
penggunaan tepung lain menyebabkan  99% kegagalan
...hehehe...
gambar cara menggoreng nnt sy upload semula
risiko tak menjadi sekitar 80%
oleh itu jangan kecewa kalau tak menjadi
cuba banyak kali
Insya Allah menjadi...seeedaaap/....

4 comments:

Unknown said...

Mana gambar cara menggoreng

ija said...

Sedpnyeee

ija said...

Sedpnyeee

Nikisyarun said...

btl.mak sy pn ckp tepung cap lain xmenjadi

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons